Friday, May 31, 2013

Berat hati ini, namun kugagahkan. Petir yang berdentam menggegarkan ku daripada lelap yang menyapa ku sekian tadi. Aku bangun lantas ku menyapai kain tuala yang tersidai di birai katil. Ku basahkan badanku, wudu’ ku ambil. “Waktu hujan hujan begini elok solat sunat. Berdoa dengan khusyuk. InshaaAllah, doa pasti dimakbulkan. Jom sayang !” Tergiang ngiang ajakan si dia. Ku sarungkan jilbab di kepalaku. Solat ku mulakan, Alahmdulillah. Usainya solat ku duduk berpeluk tubuh di atas katil. Kedinginan menyelubungi diriku. Lalu ku capai selimut dan merebahkan badanku. Aidil Ikmal sudah kutidurkan. Kini, masaku untuk bersendirian. Lamunan ku bermula. Air mata mula menitis sedikit demi sedikit. Ku tak pasti, air mata apakah ini. Ku singkap memori yang dulu pernah singgah di hati ini. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Mac 2008 “Ummi, hari ni Naeimah nak ambil result, ummi ikut nak” Ummi ku tanya untuk mendapatkan kepastian. “Mestilah sayang. Ummi mesti ikut. Abi kan takda, jadi ummi lah yang akan gantikan tempat Abi.” Ku kagum kesungguhan ummi. Ku kagum, kepimpinan ummi. Biarpun Abi sudah lama meninggalkan kami ku tahu..Ummi selama ini mengalirkan air mata jernih dalam diam tanpa kami adik beradik sedari. …………..................................................................................................................................................... “Saya akan sebutkan nama pelajar pelajar yang mendapat 10 A+ dalam SPM. Hanya seorang saja yang telah berjaya mendapatan keputusan ini” Darahku berderau, tanganku berpeluh. Nafasku terasa sesak. Bibirku ligat mengucapkan nama Allah yang Esa. Ya. Aku insan yang lemah. Ingat hanya ketika susah. Namun ku pasti Allah sentiasa ada di sisiku ketika aku susah atau senang. Aku tak nak jadi sesetengah orang. Hipokrit. Lain luar lain dalam. Aku adalah aku. Hanya Allah tahu siapa aku kerana aku diciptakanNya. “Pelajar itu ialah, Nur Naiemah Mawaddah binti Muhammad Farhan !” Air mata ku… Ya. Air mataku ligat mengalir. Ku dakap ummi, ku cium dahinya. Ya Allah…. Ummie ! Naeimah berjaya mi! Tiada kata kata. Kaki ini terasa longlai tapi gagahkan juga untuk naik ke pentas. Akhirnya, ini yang aku nanti. Ini yang aku impi. Allah itu Maha Besar. Ku yakin dan ku pasti.. Ummi tersenyum, ku yakin pasti bahagiannya dia. Namun jauh di sudut hati, aku menangis. Andai Abi ada di sini…. Pasti segalanya akan menjadi lebih bahagia.. Ku terus lihat Ummi. Ummi menangis… Aku cuba menciptakan senyuman agar ummi juga tersenyum. …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… “Ya Allah.. Kau tempatkanlah suamiku di tempat orang orang yang beriman.” Ummi terbaring di sejadah. Tiada tangisan ku dengari. Hanya bahu ummi yang terhenjot henjot. “Abang , anak kita dah berjaya. Alhamdulillah, berkat didikan dan asuhan abang anak kita berjaya. Semoga anak kita menjadi anak yang solehah ye bang. Abang tenanglah di sana. Lambat atau cepat sayang akan susuli. InshaaAllah, sayang akan beri yang secukupnya untuk anak kita agar dia berjaya.” Ummi terdiam. Mungkin sudah penat seharian. Ku lihat ummir melipat telekung lalu merebahkan badannya di atas katil. Biarlah. Ku tak mahu menganggu ummi. Ummi juga perlukan waktu privasi. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 31 Mei 2013 Ijazah Master dalam linguistic pasti akan kugenggam tidak lama lagi. Apa yang aku impikan, InshaaAllah pasti jadi realiti . Aku kini di UITM Shah Alam. Alhamdulillah, berkat kejayaanku, adik adik juga berjaya menjejakkan langkah ke arah yang cemerlang. Berkat doa dan usaha ummi. Genaplah juga, pemergian ummi yang tersayang. Ummi meninggal kerana sakit tua. Aku reda dengan ketentuanNya. Aku tak pernah salah kan takdir, kerana yang hidup itu pasti mati. Allah berfirman “Setiap manusia akan merasai mati….” Dalam surah Al Anbiya’:35. Jadi sebagai seorang hamba, perlu sentiasa mempersiapkan diri. Jangan nanti sudah terhantuk baru nak tenrngadah. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 4 0gos 2013 Ku gembira. Ku keriangan. AllahuAkbar ! Aku gembira. Kini hanya perlu apply untuk menjadi lecturer. Hari ini, adik adikku serta ukhti ukthi datang meraikanku. Ya, tida dapat disangkal lagi.. Sejak aku menjejakkan kaki di alam universiti, Alhamdulillah, ringan juga kaki ini untuk menghadiri usrah usrah. Kadang kadang, diri ini tak sempat kerana sibuk dengan hal duniawi. Ya, memang tersentap rasanya. Bersalah pun ada. Bersalah pada yang Esa. Namun ku pujuk hati, agar terus berani, dan gagah menempuh segala dugaan yang mendatang. Baru sukut ujian ku terima. Belum lagi ujian di alam pekerjaan nanti. Dan ujian ku ini tidaklah sehebat ujian yang datang pada Rasulullah. Ohh, bila cerita tentang Rasulullah, rasa rindu semakin semarak. Rasulullah rindu ikhwan ikhwannya. Ditanya sahabat siapa ikhwan itu? Mereka yang tak pernah bertemu Rasulullah. Allahu ! ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Petang itu, aku dipanggil pensyarahku.. “Naeimah, ini ada tawaran. Saya harap kamu boleh pertimbangkan. Bacalah dulu” Apa yang Naeimah dapat? Adakah cita citanya untuk menjadi pensyarah yang berjaya bakal didakapnya.. Will be continue :) Sayidatina Aisyah r.a. ketika ditanya tentang ciri ciri wanita mulia, "Iaitu wanita yang tidak dikenali dengan perkataan yang mengaibkan (mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki"

No comments:

Post a Comment